Camera rolling · Audio on · Lighting okay

Pengarah AI yang jerit “Action!” untuk kau.

Dari skrip sampai “that’s a wrap”, SayAction arahkan setiap take terus dalam telefon kau. Dia tahu bila kau habis cakap, bila patut menyampuk, dan bila nak teruskan. Habis sesi, dia puji apa yang bagus dan bagitahu apa nak baiki.

Mula rakam — percuma →

Tiada daftar. Tiada kad. Terus dalam browser.

Masalah sebenar

Rakam sorang-sorang memang penat. Bukan sebab kamera.

Tak tahu take mana elok

Kau rakam 6 kali ayat sama sebab tak pasti. Lepas tu kena tengok semua satu-satu.

Silap baru nampak masa edit

Kepala terpotong, teks tutup muka, ayat tertinggal. Masa tu set dah kemas.

Tiada orang tengok dari belakang kamera

Creator besar ada director. Kau ada tripod dan harapan.

Cara ia jalan

Macam ada pengarah atas set. Dalam satu website.

Buka di telefon atau laptop. Tak perlu pasang app, tak perlu daftar.

  1. Cadang skrip

    Tulis topik, AI susun skrip ikut struktur video viral. Satu baris jadi satu shot teleprompter.

  2. Camera rolling, audio on

    Sebelum setiap shot, pengarah semak kamera, mic dan cahaya. Lepas tu: “Action!”

  3. Dia arahkan sambil kau shoot

    Teleprompter jalan ikut ayat. Habis cakap, dia “cut” sendiri. Muka lari dari frame, dia menyampuk. Lulus, terus shot seterusnya.

  4. That’s a wrap

    Pujian, apa nak baiki dan cadangan untuk video seterusnya. Simpan semua take ke galeri telefon atau ZIP.

Apa yang SayAction semak

Benda yang selalu terlepas.

Semakan dalam beberapa saat, setiap kali kau tekan henti.

Pengarah yang ada lawak

Pengarah yang buat kau gelak, bukan gelabah.

Komen tetap jujur, tapi disampaikan macam kawan di belakang kamera. Lepas beberapa kali ulang, nada makin tenang, bukan makin keras. Nak serius? Tukar director ke mod Serius.

🎬 “Cahaya kau macam CCTV kedai runcit. Pusing sikit ke tingkap.”

🎬 “Senyum sikit, jangan macam tunggu bil TNB naik. Mata kekal ke lensa.”

🎬 “Kau lari dari frame macam elak orang jual insurans. Masuk tengah balik.”

Footage kau, peranti kau

Video penuh tak pernah duduk dalam server kami.

Take yang lulus disimpan terus dalam peranti kau, dan boleh dimuat turun sekali gus sebagai fail ZIP untuk edit.

Untuk semakan, SayAction hanya hantar beberapa gambar pegun dari setiap take kepada AI. Bukan video penuh.

Harga

Bayar ikut berapa video kau nak buat.

1 video pendek ≈ 25 take (8–12 shot, 2–3 take setiap shot). Pilih sasaran kau, kami cadangkan pakej.

8 video

CubaPercuma

20 take · ~1 video

Sekali untuk setiap akaun. Cukup rakam satu video penuh dan rasa sendiri.

AsasRM19/bulan

120 take · ~4 video

Satu video seminggu. Untuk yang baru mula konsisten.

KreatorRM39/bulan

360 take · ~12 video

3 video seminggu. Rentak creator yang serius bina brand.

ProRM79/bulan

1,000 take · ~40 video

Video setiap hari, atau rakam untuk klien.

Take tak guna tak dibawa ke bulan depan. Rakam dan simpan tanpa AI (Lulus manual) sentiasa percuma, tanpa had. Semasa pelancaran ni semua orang guna percuma; langganan dibuka tidak lama lagi.

Soalan

Sebelum kau tanya.

Siapa yang patut guna SayAction?

Sesiapa yang rakam diri sendiri depan kamera: creator personal brand, usahawan yang buat video jualan sendiri, coach, cikgu, dan editor yang rakam untuk klien.

Boleh guna terus dalam telefon?

Boleh. Buka website ni dalam Chrome (Android) atau Safari (iPhone), benarkan kamera dan mic, terus rakam guna kamera depan atau belakang. Laptop dengan webcam pun boleh.

Bahasa apa?

Bahasa Melayu dan English. Arahan ditulis dalam bahasa skrip kau.

Apa itu satu “take”?

Setiap kali pengarah semak satu rakaman, kira satu take. Video 30–60 saat biasanya 8–12 shot, purata 2–3 take setiap shot, jadi lebih kurang 25 take satu video.

Kalau take habis?

Kau masih boleh rakam dan simpan guna “Lulus manual”. Cuma semakan AI berhenti sampai bulan depan, atau naik pakej.

Bila boleh guna?

Sekarang. Tekan “Mula rakam”, benarkan kamera, terus jalan. Telefon: Chrome atau Safari. Laptop: Chrome atau Edge.

Dah sedia?

Video seterusnya, rakam dengan pengarah.

Buka studio, tampal skrip, tekan Rakam. Itu je.

Mula rakam — percuma →

Buka terus di telefon atau laptop. Tiada app untuk dipasang.